Thursday, December 31, 2009

Musim Baru Persekolahan


SKJDK, 30 Disember 2009 : Seramai 25 orang murid pra sekolah serta 80 orang pelajar Tahun 1 telah melapor diri pada hari pertama sesi transisi dan suikenal pelajar-pelajar baru di Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Kumbar. Terdahulu, taklimat ringkas telah disampaikan kepada waris serta pelajar oleh PK Hem dan Guru Besar di Legaran Wawasan seawal jam 8.45 pagi sebelum diagihkan ke kelas masing-masing bagi menjalani sesi suaikenal bersama guru kelas mereka. Seluruh staf akademik serta staf non akademik mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar baru dan selamat menempuhi alam persekolahan diucapkan.

Monday, December 28, 2009

Taklimat Staf Akademik Edisi 1 Sesi 2010

ALOR SETAR, 28 Disember 2009 : Pihak pengurusan sekolah telah berjaya menganjurkan Taklimat Staf Akademik Edisi 1 Sesi Persekolahan 2010 pada hari ini. Taklimat telah dihadiri seramai 61 orang staf akademik sekolah. Taklimat ini telah bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari bertempat di Dewan Diskusi, Sek. Keb. Jalan Datuk Kumbar.

Antara pengisian program tersebut ialah taklimat insurans kesihatan oleh wakil-wakil daripada MCIS/PGMK. Majlis diteruskan dengan taklimat daripada Encik Ahmad Faiz bin Ahmad Shahabudin, wakil daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) mengenai peranan yang dapat dimainkan oleh warga pendidik khususnya dalam membangun ummah melalui budaya beramal jariah.

Sesi diteruskan dengan taklimat Pemantauan Kurikulum Berkualiti (PKB) oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Ishak bin Hashim sebelum diambil alih oleh Guru Besar Sek. Keb. Jalan Datuk Kumbar, Tuan Haji Fadzalih bin Mahmud yang membentangkan taklimat National Key Result Areas(NKRA), taklimat Pengurusan Kurikulum, taklimat Pengurusan HEM, taklimat Pengurusan Kokurikulum serta taklimat Pengurusan Pendidikan Khas.

Semua staf turut dimaklumkan dengan terperinci tentang matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang sekolah. Pengurusan sekolah turut berharap akan mencapai sekolah berprestasi tinggi menjelang tahun 2020.

Sekian.